Inspiratif: Untuk Semua Wanita Yang Beragama Islam

Inspiratif: Untuk Semua Wanita Yang Beragama Islam - Pernahkah anda sebagai seorang wanita beragama islam mengeluh dan berontak atau hanya terbesit dalam angan atau pikiran akan aturan aturan yang mengharuskan seorang muslimah seperti ini?
  • Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
  • Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
  • Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  • Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga, Makanya Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan?
Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn perempuan jalanan.

Satu:
Wanita WAJIB taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
"Sholat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya".
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Terima kasih telah membaca artikel Inspiratif: Untuk Semua Wanita Yang Beragama Islam, update terbaru seputar berita foto dan video yang jadi viral.

0 Komentar untuk "Inspiratif: Untuk Semua Wanita Yang Beragama Islam"
Back To Top